Dharshene Rajayah,

10-10 Rangka Kerja MySTIE: Merintis Ke Arah Kemakmuran, Kesejahteraan Masyarakat dan Daya Saing Global Academy of Sciences Malaysia - Kuala Lumpur,Malaysia Academy of Sciences Malaysia 2020 - 85 Pages colour illustrations, colour photographs 21x30 cm

Sejak pelancaran Rangka Kerja 10-10 MySTIE pada Disember 2020, ASM telah meneruskan usaha ke arah meningkatkan kesedaran dan pemahaman melalui penglibatan kementerian, kerajaan negeri, agensi, sektor swasta, ahli akademik dan masyarakat awam. Dengan usaha yang konsisten dan sinergistik daripada pihak berkepentingan, penggunaan Rangka Kerja 10-10 MySTIE diharap dapat mewujudkan pendekatan yang sistematik untuk Malaysia berdaya saing dan inovatif dalam sains dan teknologi. Menggunakan pendekatan keseluruhan kerajaan dan masyarakat, Rangka Kerja ini bertujuan untuk meningkatkan daya saing global Malaysia dengan memastikan pembangunan STIE akan meningkatkan pertumbuhan sosio-ekonomi. Dalam mencapai matlamat ini, ASM telah memperkenalkan 10-10 MySTIE ke dalam kalangan masyarakat. Beberapa buah kerajaan negeri kini meerapkan 10-10 MySTIE dalam merancang dan melaksanakan aktiviti untuk kemakmuran serantau. Dengan STIE, ASM percaya bahawa tiada sebahagian daripada masyarakat yang akan tercicir dalam peralihan kepada sebuah negara maju yang mampan, progresif, makmur dan harmoni.


Bahasa Melayu

9789832915966


Economic development -- Science -- Economic aspects -- Technology -- Technological innovations -- Government publications -- Malaysia --